Taklimat Kesihatan Dan Keusahawanan
6 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniSebuah taklimat kesihatan bertajuk “Sayangi Usus Anda” telah diadakan bertempat di Pusat Internet Pekan Kubu Gajah. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Lela Nizwani Akob yang merupakan penasihat kesihatan serta usahawan produk kesihatan. Taklimat mengenai cara untuk menjaga usus dan pemakanan sihat telah disampaikan oleh beliau. Selain itu, peserta juga berpeluang menjana pendapatan dengan menjadi ahli untuk menjual produk kesihatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: